2012年10月21日星期日

Pada minggu yang akan datang, banyak aktiviti akan diadakan di sekolah.

Pada hari Isnin, pertandingan syarahan bahasa Melayu bagi tahun 5 dan tahun 6 akan diadakan. Saya yang bertugas untuk menguruskan pertandingan tersebut.

Pada hari Selasa, sambutan Hari Kanak-kanak akan diadakan. Saya ditugaskan sebagai juruacara dalam majlis sambutan itu.

Pada hari Rabu, Hari Kemahiran akan diadakan. Saya bertugas membimbing kelas 6H untuk menguruskan jual beli hari tersebut.

Pada hari Khamis, pengawas-pengawas sekolah ( termasuk anak saya)  akan menyertai satu rombongan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Semoga mereka  akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berharga.

Hari Jumaat .......cuti.....yes!!!